Program Kempen Derma Darah Kampung Semop Di Pusat Internet Semop & Tayangan Video Klik Dengan Bijak
22 Januari 2018 | Aktiviti TerkiniPada 21 Januari 2018, Pusat Internet 1 Malaysia Semop telah bekerjasama dengan Hospital Daerah Daro untuk menagnjurkan Program Kempen Derma Darah Kampung Semop. Program ini telah berlangsung di Pusat Internet Semop. Program ini bermula seawal jam 9.00 pagi dan tamat pada 12.30 Tengahari. Program ini telah disertai oleh semua orang. Oleh itu,sebanyak lebih 30 orang penduduk Kampung Semop yang datang bagi membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menderma darah. Oleh itu, hanya 15 orang penduduk kampung yang layak menderma darah pada hari tersebut dan disertai oleh 8 orang staff dari Hospital Daro.
Selain program Derma darah, pengunjung @ peserta dapat melihat video Klik Dengan Bijak dan Tayangan lagu merdeka di skrin televisyen PI. Terima Kasih kepada pihak Hospital Daro sebab memilih PI sebagai lokasi untuk Kempen Derma Drah mereka. Terima Kasih juga kepada penduduk yang sudi menderma darah, “Satu Darah Satu Nyawa”. Jumpa lagi bulan April nanti.
Tahniah & syabas semua.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan :